Pages

Followers

Sunday, September 5, 2010

SYAIR





PESANAN UNTUK REMAJA


Dengarlah anak-anak  ibu berpesan,
Penuhi jiwamu dengan bekalan,
Hanya itu jadi pedoman,
Untuk kejayaan di masa depan.

Ilmu itu semat di hati,
Menjadi pelindung di kala sepi ,
Di kala hidup dilanda misteri,
Di kala tiada siapa  peduli.

Bila  ilmu penuh dihati,
Lautan yang luas mampu direnangi ,
Kini boleh menggapai pelangi ,
Gunung yang tinggi mampu didaki..

Walau dajal datang menggoda,
Tepislah dengan kata2 mesra,
Agar diri tidak celaka,
Selamatlah anakku walau di mana.

Dirimu bagai permata berharga,
Jangan jatuh ke lembah hina, 
Kelak menyesal tidak berguna,
Dihina orang merata-rata.

Jika hidup dilanda susah,
Siang malam sentiasa resah , 
Semua yang hidup ada masalah,
Hadapilah ia dengan tabah.

Hidup ini umpama lautan bergelombang  ,
Kadang-kadang bergelora.. kadang2 tenang,
Dilanda fenomena berulang-ulang,
Ramailah insan yang telah kecundang..

Ingatlah wahai anak-anakku sayang,
Pusaka moyang jangan dibuang.... ,
Jangan terlepas ke tangan orang....,
Kelak diri bertambah malang.

Nukilan : Rasnah Idris  (Acik Oooonn)
SJKC TANJUNG MALIM
OGOS 2010

No comments:

Post a Comment

get this widget here


I made this widget at MyFlashFetish.com.