Pages

Followers

Sunday, September 5, 2010

MASALAH SOSIAL REMAJA MASA KINI

Masalah sosial remaja kini berpunca kerana banyak faktor . Di dalam mengharungi era globisasi pengaruh media juga adalah bertanggungjawab  memainkan peranan merosakkan minda pelajar2 . Penayangan filem2 berunsur negatif dan rancangan hiburan serta alat-alat komunikasi dan media yang berunsur sosial tanpa sempadan telah mempengaruhi emosi kanak2 dan remaja untuk mencuba sesuatu yang baru di dalam hidup mereka.

Ibu bapa perlu kerap melakukan pemantauan terhadap aktiviti anak-anak. Jangan terlalu memanjakan anak2 dengan memberikan mereka wang saku yang berlebihan atau memenuhi segala kehendak mereka walau pun anda memang mempunyai kemampuan berbuat demikian .Implikasinya anak-anak akan mudah menjerumuskan diri mereka dengan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti negatif atau tidak bermoral seperti berjudi, menonton filem porno di internet, berkaraoke, clubbing , outing  (istilah remaja sekarang) dan pergi ke destinasi yang tak pasti bersama rakan2 sebaya .

Penjaga juga perlu memantau siapa teman karib anak. Bagaimana personaliti rakan karib anak anda dan anda berhak menasihatinya jika sekiranya teman anak2 anda itu adalah tergolong teman yang tidak sesuai dengan citarasa anda sebagai seorang ibu. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh pihak2 tertentu pengaruh sosio ekonomi keluarga juga memainkan peranan penting yang mengakibatkan keruntuhan moral di kalangan remaja.

Emosi yang tidak stabil , ibu bapa sibuk keluar bekerja mencari rezeki dan kurang memberikan tumpuan dan bimbingan terhadap anak2 menyebabkan kanak2 atau golongan remaja menjadikan rakan sebaya  sebagai idola mereka. Jika rakan anak - anak kita tergolong di dalam kalangan remaja kurang bermoral maka tidak mustahil anak2 kita akan terikut2 karektor mereka.

Remaja yang kurang mendapat kasih sayang, didikan agama dan motivasi daripada ibu bapa akan merasa diri mereka terpinggir dari keluarga dan akan cuba mencari kasih sayang di luar tanpa mengira risiko akibat pergaulan tersebut. Remaja mestilah membatasi pergaulan dengan individu tertentu. Jangan terima sebarang pelawaan orang untuk menawar kenderaan untuk anda kerana ini boleh mengundang padah pada diri anda.

Sebenarnya banyak lagi faktor yang menyebabkan masalah sosial kini terjadi . Anak-anak ialah perwaris bangsa dan negara. Mereka sebenarnya mempunyai potensi untuk menjadi cemerlang jika dikembangkan minda mereka secara positif. Merekalah yang akan menjadi aset kepada bangsa dan negara. Oleh itu sama-samalah kita berdoa agar anak-anak kita sentiasa berfikiran positif dan tahu membezakan yang mana relevan dan tidak relevan dilakukan di dalam menempuhi zaman remaja  .   AMIN     

  • Nukilan Rasnah Idris (Acik Oooonn)
  • SJKC TANJUNG MALIM
  • 22 hb Ogos 2010

No comments:

Post a Comment

get this widget here


I made this widget at MyFlashFetish.com.