Pages

Followers

Friday, August 12, 2011

KANAK2 DAN PELAJAR2 YG HILANG DI MALAYSIA



Kes Kehilangan Seri Najwa Ferda ni difahamkan ada sangkut paut dengan Facebook, yang mana kehilangan remaja ini adalah kerana mengikut kawan lelaki yang baru dikenali dalam Facebook. Mungkin juga punca kehilangannya ada kaitan dengan lelaki tersebut, memandangkan ada saksi yang nampak remaja ini menaiki skuter merah bersama dengan seorang lelaki. Wallahualam. Yang penting, dia dah selamat kembali ke pangkuan keluarga. Hilang di Perak dan dia telah dijumpai di Johor Baharu .


Keluarga punca ramai kanak-kanak hilang


Kanak-kanak hilang dikatakan dijadikan peminta sedekah, buruh kasar, pelacur atau dibunuh untuk diambil organ dalaman.“Di luar negara kita memang pernah dengar kes-kes sebegini. Tapi setakat ini kita belum pernah terima sebarang laporan tentang sindiket ini.“Sama ada ia benar atau tidak, yang penting ibu bapa harus sentiasa berwaspada terhadap keselamatan anak mereka bagi mengelakkan kejadian tak diingini,” katanya.
Tak tutup kes
KECEKAPAN pihak polis, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa pihak dalam menyiasat serta menghebahkan maklumat tentang kes-kes ini banyak membantu ibu bapa mendapatkan semula anak yang dilaporkan hilang.Pada Julai 2010, Nur (National Urgent Response) Alert diperkenalkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
“Nur Alert akan menyebarkan maklumat pantas tentang kanak-kanak 12 tahun ke bawah yang hilang tanpa melibatkan tebusan, ugutan atau ancaman bunuh.“Penyebaran dibuat dengan persetujuan ibu bapa atau penjaga sah kanak-kanak sehingga kanak-kanak hilang ditemui,” katanya.
Ong berkata, sistem ini telah dilaksanakan terhadap kes kehilangan adik Nisha dan Lee Xin Ru dari Pahang yang kedua-duanya berusia dua tahun.Sehingga kini kedua-dua mereka masih belum ditemui.Mengulas kes kanak-kanak hilang dalam tempoh yang lama dan gagal dikesan pihak polis, kes tidak akan ditutup dan pihak polis akan terus menjalankan siasatan.
“Kita masih siasat dan terima maklumat yang ingin diberi orang ramai terhadap kanak-kanak hilang ini,” katanya.Selain adik Nisha dan Lee, polis juga masih menyiasat kes adik Sharlinie dan Muhamad Asmawi yang hilang pada 2008.



TELAH DITEMUI -  HILANG KERANA MERAJUK


Tiada butiran

Md Syafiq
Pelajar hilang 4 hari ditemui mati di Pattaya


Keselamatan kanak-kanak, di mana keperihatinan kita?

Sejak akhir-akhir ini kita sering digembar-gemburkan dengan pelbagai kesalahanjenayah yang berlaku di negara kita. Apa yang paling menyedihkan adalah apabila jenayah-jenayah ini berlaku terhadap kanak-kanak yang akan menjadi pewaris bangsa kita kelak.
Jenayah seks terhadap kanak-kanak dan remaja kini bertambah membimbangkan semenjak kes pembunuhan kejam adik Nurin Jazlin. Sejak itu masyarakat mula sedar betapa di luar sana terdapat manusia yang tidak berperikemanusian demi memuaskan nafsu serakah mereka. Tetapi, adakah kita sedar bahawa sebelum kes adik Nurin Jazlin, sudah terdapat banyak kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak?


Antara kes-kes yang dapat kita lihat ialah pada 23 Oktober 2000 adik Nor Shuhada Borak, 6 tahun telah ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis ‘townhouse’ di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangannya. Mangsa dipercayai telah dirogol sebelum dibunuh.

Seterusnya adik Nurul Hanis Kamil yang dibunuh dalam semak selepas pulang dari sekolah di Serkam Darat, Merlimau, Melaka pada 3 Julai 2001. Di Kepong pula, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol dan diliwat sehingga terkeluar usus oleh dua remaja berusia 19 tahun ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Maluri pada 13 Ogos 2001. Adik Norshakila Ramli Choo, 6 tahun juga menjadi mangsa rogol sebelum dibunuh di Taman Tasik Permai Ampang pada 1 April 2002.


Pada 6 November 2002 pula, Siti Nurliyana Shamimi Rosdi seorang kanak-kanak berumur dua tahun telah diculik, dirogol dan dibunuh. Mangsa dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Hasil bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan. Mangsa juga mengalami pendarahan dalam otak dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

Mangsa seterusnya, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Hasirawati Saridi yang ditemui mati pada 8 Januari 2004 dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah.


Pada 17 Januari 2004, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani telah dirogol dan diliwat sebelum dibunuh di pondok pengawal stesen pencawang Tenaga Nasional Berhad Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor. Mayatnya ditemui berbogel tersandar pada dinding tandas pondok pengawal tersebut dalam keadaan mencangkung. Di Chini, Pahang pula seorang kanak-kanak telah dirogol oleh bapanya sendiri yang berusia 56 tahun di rumah mereka pada Februari 2004.

Pada 21 September 2007, seorang penyelia kilang dihukum penjara 19 tahun dan 5 kali sebatan oleh mahkamah di Shah Alam setelah didapati bersalah kerana merogol dan menculik seorang kanak-kanak berusia 12 tahun 10 bulan. Penjenayah, Mohd Noor Annuar Othman, 28 tahun dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 5 sebatan bagi kesalahan merogol yang dilakukan pada April 2004 dan 4 tahun penjara bagi kesalahan menculik.


Mazny Abdullah dari Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pula telah dibunuh pada 23 November 2004. Manakala adik Siti Syazwani Ahmad Dusuki, 9 tahun telah dibunuh selepas dirogol di Taman Rhu pada 22 Disember 2004. Kanak-kanak itu didapati hilang dalam perjalanan pulang dari kelas Al-Quran pada 21 Disember 2004 dan mayatnya ditemui keesokan hari dalam keadaan separuh bogel.

Sementara itu, seorang pemandu lori, Normi Osman, 55 tahun telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun oleh mahkamah di Ipoh atas kesalahan merogol seorang kanak-kanak berumur 12 tahun pada 24 Ogos 2007.
Seterusnya pada 2 Oktober 2007 di Mahkamah Tinggi Shah Alam, seorang pegawai kebajikan sebuah asrama Perkim telah ditambah hukuman ke atasnya kepada 24 tahun dan 7 sebatan selepas mahkamah menerima rayuan pihak pendakwaraya. Dia telah dituduh meliwat beberapa orang pelajar lelaki berusia 12 tahun yang tinggal di asrama Perkim di Damansara Utama.

Pada 18 Oktober 2007 pula seorang kanak-kanak berumur lapan tahun telah dirogol oleh jirannya. Kejadian itu berlaku pada minggu pertama hari raya di Flat Desa Mentari, Jalan PJS5, Petaling Jaya. Dua orang kanak-kanak yang berumur 8 dan 7 tahun itu telah datang ke rumah jiran tersebut untuk berhari raya. Apabila mereka berdua dibenarkan masuk, tuan rumah telah merogol kanak-kanak yang berumur 8 tahun tersebut. Ahli keluarga kanak-kanak itu telah membuat laporan polis dan sehingga kini polis masih lagi mencari seorang lelaki berusia 20an yang melarikan diri dari rumah sewanya.


Pada 21 Oktober 2007 pula seorang kanak-kanak berusia 12 tahun telah dirogol sebanyak dua kali oleh bapanya sendiri ketika sedang tidur di rumah mereka di Subang Perdana. Sehingga hari ini Mohd Ali Mohd Shariff yang berumur dalam lingkungan 40an dan bekerja sebagai kelindan lori sedang dicari polis setelah ibu mangsa membuat laporan.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah berumur 37 tahun pula mengaku bersalah di mahkamah kerana merogol anaknya yang berumur 11 tahun 8 bulan di rumah mereka di Hiliran Ampang off Jalan Ampang.
Seterusnya kes adik Nurin Jazlin, kanak-kanak berusia 8 tahun yang hilang pada 20 Ogos 2007 dekat rumahnya di Wangsa Maju. Mayatnya dijumpai di Petaling Jaya 27 hari kemudian. Kes kehilangan dan sikap kejam penjenayah terhadap adik Nurin Jazlin ini telah mula mendapat perhatian masyarakat mengenai kes jenayah terhadap kanak-kanak.

Selang beberapa bulan selepas kes pembunuhan kejam Nurin Jazlin ini kita digemparkan pula dengan kes kehilangan adik Nur Fateha Zaidi, 6 tahun, yang diculik di Flat Seri Manja, Desa Sepakat, Kampung Medan. Beliau dikatakan diumpan oleh seorang lelaki bermotosikal untuk melihat kucing dan burung kemudian dilaporkan hilang pada pukul 5 petang. Walau bagaimanapun beliau akhirnya ditemui kira-kira tiga jam selepas itu di Wangsa Maju. Tidak sampai 48 jam selepas adik Nur Fateha Zaidi dilaporkan hilang, satu lagi kejadian sama berlaku di kawasan berhampiran di Taman Medan, PJS 2. Kali ini ia melibatkan seorang kanak-kanak yang lebih muda iaitu adik Sharlinie Mohd Nashar, 5 tahun.


 Beliau diculik ketika dalam perjalanan pulang selepas bermain bersama-sama kakaknya Sharliena, 8 tahun, di sebuah taman permainan di Taman Medan, Petaling Jaya yang jaraknya hanya 200 meter dari rumah mereka pada pukul 11.30 pagi 9 Januari 2008.Berdasarkan kes-kes yang telah dinyatakan kita dapat lihat betapa ramainya kanak-kanak yang telah menjadi mangsa jenayah sama ada oleh keluarga sendiri atau pun orang lain. Apa yang paling menyedihkan apabila masih banyak kes-kes yang telah lama dilaporkan tetapi tidak dapat diselesaikan sehingga ke hari ini. 


Berdasarkan statistik jenayah keganasan yang dikeluarkan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM), terdapat peningkatan yang ketara dalam kes-kes rogol yang dilaporkan semenjak tahun 2000. Sebanyak 1,210 kes rogol dilaporkan pada tahun 2000. Sementara itu, 1,354 kes lagi sepanjang tahun 2001 dan 1,418 kes dalam tahun 2002. Bermula dari awal tahun 2003 sehingga Mac 2003, sebanyak 237 kes rogol telah dilaporkan di negara ini. Dari segi umur mangsa pula, sekitar 60 hingga 67 peratus dilaporkan melibatkan mangsa berusia 16 tahun ke bawah. Kebanyakan perogol pula adalah orang yang dikenali oleh mangsa iaitu 83.4 peratus pada tahun 1995 dan 84 peratus pada tahun 1998.
 Menurut Dr. Sapora Sipon, pensyarah kanan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata, jenayah terhadap kanak-kanak telah berlaku sejak dahulu lagi, tetapi kurang mendapat perhatian berbanding dengan sekarang yang telah mendapat liputan luas daripada pihak media sama ada media elektronik ataupun media cetak.
Menurut beliau lagi, terdapat banyak faktor berlakunya jenayah terhadap kanak-kanak seperti gabung jalin media yang yang banyak memaparkan cerita-cerita ganas. “Cerita-cerita seperti ini banyak mendedahkan masyarakat kepada perkara-perkara yang melampau sehingga tanpa disedari telah merangsang penjenayah untuk melakukan jenayah dengan lebih kerap,” tegas beliau.
Menurut beliau juga, terdapat di kalangan penjenayah itu sendiri yang mengalami masalah psikologi sehingga mengakibatkan mereka suka melakukan sesuatu yang kejam terhadap kanak-kanak. “Sekiranya penjenayah tidak mempunyai masalah psikologi, penjenayah selalunya mempunyai motif tersendiri untuk menculik kanak-kanak. Contohnya penjenayah yang mengalami masalah kewangan dan menjadikan kanak-kanak yang diculik sebagai sumber kewangan mereka sama ada dengan meminta wang daripada ibu bapa atau pun dengan menjual mereka ke luar negara,” jelas beliau.
Menurut seorang guru sekolah rendah, Syahmin bin Zainal Abidin, 31 tahun pula berkata, antara faktor berlakunya jenayah terhadap kanak-kanak adalah disebabkan ramainya pendatang asing yang masuk ke negara ini. “Walaupun kita tidak boleh meletakkan kesalahan jenayah yang berlaku terhadap kanak-kanak ini ke atas warga asing semata-mata, tetapi kita juga tidak dapat menafikan bahawa terdapat banyak kes-kes jenayah yang dilakukan oleh pendatang-pendatang asing itu sendiri,” tegas beliau.
Menurut beliau juga, kebanyakan ibu bapa sekarang kurang mengawasi anak-anak kerana terlalu sibuk. Ini kerana ada ibu bapa yang terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah terlalu awal disebabkan mereka perlu segera ke tempat kerja walaupun ibu bapa tahu pada waktu itu belum ada guru atau pelajar lain yang telah hadir ke sekolah. 


“Ada juga ibu bapa yang lewat menjemput anak-anak mereka pulang dari sekolah, sehingga kanak-kanak tersebut terpaksa menunggu bersendirian di hadapan sekolah dalam jangka masa yang lama. Ini akan memberi peluang kepada penjenayah yang sudah lama memerhatikan kanak-kanak tersebut,” ujar beliau.
Sementara itu, menurut Jamaah binti Mohd, 35 tahun, ibu kepada tiga orang anak berkata, jenayah terhadap kanak-kanak semakin berleluasa disebabkan kurangnya pengawasan oleh ibu bapa terhadap anak-anak mereka. “Kanak-kanak adalah seorang yang mudah dipengaruhi disebabkan mereka lemah untuk memikirkan apa yang patut dilakukan dan apa yang tidak patut dilakukan. Oleh sebab itu, penjenayah dengan mudah dapat menarik perhatian kanak-kanak itu dengan hanya menberi gula-gula atau coklat,” ujar beliau.
Tambah beliau lagi, media juga menjadi faktor jenayah ini berleluasa iaitu dengan memaparkan keganasan-keganasan yang banyak terdapat di dalam drama dan filem serta salah aku seks yang menjadi kebiasaan bagi masyarakat di negara-negara barat. Seorang ibu kepada dua orang anak, Rosmaria Outar@Autar, 29 tahun pula berkata, kanak-kanak mudah dijadikan mangsa oleh penjenayah-penjenayah kerana kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan.
“Ramai kanak-kanak pada masa sekarang ini yang keluar mengikut kawan-kawan mereka tanpa memberitahu ibu bapa mereka terlebih dahulu. Jadi, tiada siapa yang dapat mengawasi pergerakan anak-anak tersebut,” tegas beliau. Tambah beliau, faktor ibu bapa yang cuai dalam mengawasi anak-anak juga merupakan punca jenayah terhadap kanak-kanak semakin berleluasa. Menurut beliau lagi, ibu bapa seringkali cuai dan tanpa sengaja mengabaikan anak-anak mereka terutama ketika berada di pusat-pusat membeli belah sehingga ada yang tidak menyedari bahawa anak mereka telah dilarikan.
Menurut seorang pensyarah di Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Marwan bin Ismail, 29 tahun, kanak-kanak dijadikan sasaran oleh penjenayah kerana kelemahan pada diri mereka yang sukar untuk mengingati semula atau mengecam kembali rupa penjenayah tersebut. “Kanak-kanak masih lemah dan mereka tidak mampu untuk hidup sendiri tanpa pengawasan dan tunjuk ajar orang dewasa. Mereka tidak pandai mengadu kepada orang dewasa lebih-lebih lagi apabila digertak oleh penjenayah,” tegas beliau.
Sementara itu, menurut seorang bapa, Shapuan bin Hussin, 47 tahun, terdapat pelbagai cara untuk mencegah jenayah terhadap kanak-kanak ini daripada berleluasa seperti pengawasan ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat yang perlu dipertingkatkan mengikut keadaan dan keperluan. “Pengawasan mengikut keadaan dan keperluan ini bermaksud, orang dewasa mengawasi kanak-kanak ke mana mereka pergi, bersama siapa mereka akan keluar bermain dan mengapa mereka perlu keluar dari rumah bersendirian. Tetapi, ini tidak bermaksud bahawa ibu bapa mesti mengongkong dan menghalang segala aktiviti anak-anak mereka,” ujar beliau.
Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa setiap individu perlu mempunyai undang-undang batiniah dalam diri masing-masing. “Kita tidak dapat mencegah apa-apa jenayah sekalipun sekiranya kita hanya bergantung kepada undang-undang lahiriah seperti Undang-undang Negeri dan sebagainya sahaja.
“Setiap individu perlu ada undang-undang batiniah dalam diri mereka yang mana undang-undang ini dapat mencegah diri individu tersebut dari melakukan kesalahan. Contohnya apabila seorang individu itu berniat jahat, maka taqwa atau undang-undang batiniah inilah yang akan menghalang mereka dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik,” jelas beliau. Menurut seorang lagi pegawai akademik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Abd Halim Mohd Hussin berkata, antara cara-cara untuk mengelak jenayah kanak-kanak daripada berlaku adalah dengan mendidik masyarakat agar tidak menjadi masyarakat yang individualistik.
“Sebagai masyarakat yang hidup berjiran, kita semestinya perlu mengenali siapa jiran kita dan anak-anak mereka. Malah sekiranya kita melihat ada kanak-kanak yang berjalan bersendirian, maka menjadi tanggungjawab kita untuk memerhatikan mereka serta memastikan mereka berada di dalam keadaan selamat,” ujar beliau. Tambahnya lagi, ibu bapa perlulah berubah sikap dengan tidak lagi suka meninggalkan anak-anak mereka bersendirian di rumah.
“Kita dapat lihat baru-baru ini banyak kes jenayah berlaku apabila ibu bapa meninggalkan anak-anak mereka bersendirian di rumah. Apabila kanak-kanak ditinggalkan bersendirian di rumah tanpa pengawasan ibu bapa, ini memudahkan apa-apa jenayah berlaku terhadap kanak-kanak tersebut,” tegas beliau. Sementara itu, menurut Zainon binti Mohammad, 39 tahun, ibu kepada empat orang anak berkata, ibu bapa tidak sepatutnya meletakkan tanggungjawab untuk menjaga anak-anak mereka yang masih kecil kepada anak-anak mereka yang lebih besar.
“Walaupun ibu bapa yakin bahawa si abang atau kakak mampu menjaga adik-adik mereka, tapi ibu bapa perlu ingat bahawa pada hakikatnya mereka sendiri perlu menjaga keselamatan diri mereka yang belum tentu terjamin,” tegas beliau. Oleh itu, berdasarkan kes-kes dan pendapat-pendapat mengenai faktor-faktor berlakunya jenayah terhadap kanak-kanak ini, ibu bapa dan seluruh masyarakat haruslah sama-sama memikul tanggungjawab menjaga dan mengawasi kanak-kanak di sekeliling kita agar mereka tidak dengan mudahnya dizalimi oleh sesiapa jua.

Selain tidak menuding jari kepada mana-mana pihak, masyarakat juga perlulah menjauhi sikap individualistik dan sentiasa memberi kerjasama dalam membasmi jenayah yang semakin berleluasa ini. Biarlah masyarakat dilabelkan sebagai ‘suka menjaga tepi kain orang’, sekiranya dengan menjaga tepi kain orang itu mungkin dapat menyelamatkan nyawa insan kecil yang tidak berdosa.  
Seandainya masyarakat hanya bergantung dengan pihak berkuasa untuk melaksanakan pelbagai operasi bagi menyelesaikan masalah ini, ia sudah tentu mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Walaupun pelbagai kaedah untuk mencegah jenayah ini dilakukan seperti memasang kamera litar tertutup di kawasan-kawasan tertentu dan sebagainya, ini tidak akan berjaya sekiranya masyarakat sendiri tidak sama-sama memainkan peranan mereka.





No comments:

Post a Comment

get this widget here


I made this widget at MyFlashFetish.com.