Pages

Followers

Friday, June 18, 2010

LANSKAP


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.Saya meminati bunga-bungaan dan taman-taman. Ke mana sahaja saya pergi mata saya pasti akan fokus kepada keindahan alam flora dan fauna yang terdapat di sepanjang perjalanan sehingga ke destinasi yang ditujui.


Saya menjadikan keindahan alam flora yang saya tatapi sebagai sumber inspirasi di dalam kehidupan seharian terutama ketika saya mengapplikasi input-input kepada pelajar-pelajar saya.Hati kita pasti terpesona dan tersentuh dengan keindahan alam flora dan fauna yang kita lihat.Saya terpegun melihat laman-laman peneroka felda di Selangor dipenuhi dengan flora-flora yang sangat cantik.


Mereka berlumba-lumba menceriakan kawasan rumah mereka dengan menanam pelbagai flora yang mempersonakan.Walau bagaimanapun saya tidak dapat meniru gaya mereka kerana kekangan masa.Saya hanya sempat menanam sedikit pokok untuk menghiburkan hati dan menyejukkan mata memandang. Di blog ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman bersama anda.

Air merupakan medium untuk mengalirkan nutrien dan garam galian daripada medium penanaman untuk membolehkan proses fotosintisis berlaku.Saya percaya pokok-pokok kita akan hidup subur apabila disiram dua kali sehari atau paling tidaknya sehari sekali.. Pokok-pokok kita juga akan hidup subur apabila disiram air lebihan beras, air basuhan ikan atau daging sekurang-kurangnya dua kali seminggu.


Pokok kaktus merupakan pokok yang paling senang ditanam .Walau pun pokok kaktus merupakan pokok yang paling senang ditanam tetapi ia amat mudah mati jika proses penyiraman dilakukan amat kerap. Akar kaktus mampu menyimpan air dalam tempoh yang agak lama oleh sebab itu proses penyiraman hanya perlu dilakukan seminggu sekali .Pokok kaktus akan mudah reput jika disiram dari atas ke bawah. Ia perlu disiram pada akarnya sahaja.


Kuantiti air yang diperlukan oleh tanaman atau pokok bagi membolehkannya hidup adalah berbeza berdasarkan saiz batang dan daun .Bagi anda yang tinggal di bandar mempunyai sebuah laman yang indah yang dilengkapi dengan taman mini yang indah pastinya akan mengamit memori dan nostalgia anda ketika berada di kampung.Dengan mencipta laman indah di kediaman anda sedikit sebanyak pastinya dapat mengubat kerinduan anda pada suasana kampung. Tk.



                                                                 
Gambar-gambar di bawah ini adalah gambar-gambar menarik yang saya ambil daripada google.
Terima kasih kepada google (images)

MARI
KITA
MENJAMU MATA
MALAYSIA KITA 

                                            

                                          

                                          




                                                                 ULU YAM SELANGOR











                                                                        MELAKA



















No comments:

Post a Comment

get this widget here


I made this widget at MyFlashFetish.com.